Aug 9, 2011

The Luxury that is lebua



Lebua tiada tandingan
Sebagai simbol kualiti dan kemewahan yang tiada tandingan, tetamu di Tower Club akan dimanjakan dengan produk dan perkhidmatan hebat:
  • Produk Bvlgari dalam bilik mandi anda
  • Video dan muzik on-demand dalam karma anda
  • Balkon peribadi
Di samping akses ke Tower Club lounge, Wi-Fi percuma dan banyak lagi. Untuk membuat penempahan, sila layari www.lebua.com
Impak di Hollywood
The Hangover Part II (filem pertamanya mencecah angka US$450 juta seantero dunia) telah difilemkan di lebua, hotel mewah all-suite di Bangkok. Dengan pemandangan hebat sekelilingi Bangkok, lebua mempunyai peranan penting dalam adegan dan babak penuh panaroma yang dapat dihayati dalam filem yang dinanti-nantikan ini.
Lebua turut menjadi lokasi terpilih untuk adegan hebat dengan helikopter di atas Dome emas Lebua yang tersohor.

Pengalaman di Mezzaluna adalah untuk selamanya, gah dan tiada tandingannya.
Mari hayati pengalaman yang akan dikenangi seumur hidup. Nikmati makan malam inovatif moden, wain yang sukar ditemui dan layanan bertaraf 5 bintang. Kemewahan yang tiada tandingan ini membentuk pengalaman gah yang sukar dilupakan dalam percaturan hidup anda.
Bertempat di tingkat 65 di State Tower, the Mezzaluna membawa anda dalam perjalanan kuliner yang unggul dan baru. Hidangan yang dilaksanakan dengan penuh indah disajikan dengan pinggan tektonik mewah dalam suasana elegan yang disempurnakan oleh kuartet klasik.
Rentetan timun, yogurt, lobak dan kaviar ossetra membentuk Arctic Shar yang merupakan pembuka tirai malam yang indah.
Acara kemuncak dan klimaks dalam perjalanan gastronomi ini pasti ialah Wahyu Beef Tenderloin-disajikan dengan skuasy guinea, miso, daun brokoli dan bawang merah. Berkelas Marble Grade 9 dan diusiakan dengan sempurna, hidangan ini cukup hebat. Hidangan kali kedua pasti dialu-alukan, jika dapat. Wain merah paling baik dengan daging. Koleksi Marques de Riscal 2003 dari Sepanyol ada ditawarkan.
Berpayungkan bintang berkelipan
Dengan bayu tatkala senja, bertempat di tingkat ke-64, anda akan menemui tempat untuk wiski malt asli, vodka, Cognacs, tiram de Claire yang sedap, Kaviar dari Iran, cerut dan lengkap dengan pemandangan saujana mata memandang. Inilah Distil.
Lokasi indah ini sukar ditandingi. Pendek kata, tiada tempat yang lebih baik untuk menghayati senja melabuh dan malam baru menjelma.


No comments:

Post a Comment